Bakal Berakhir Penantian 22 Tahun Piala Thomas?

Penantian 12 tahun terjawab selepas Malaysia berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir Piala Thomas selepas menewaskan pasukan Indonesia 3-0 sebentar tadi.

Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei memberikan mata pertama kepada skuad negara selepas menewaskan Tommy Sugiarto 19-21 dan 13-21.

Kemudian pasukan beregu pertama negara, Tan Boon Heong dan Hoon Thien How pula mengalahkan pasangan Mohammad Ahsan dan Hendrawan Setiawan 19-21, 21-8,21-23. Perlawanan ini yang berlangsung selama 54 minit penuh dengan aksi mendebar dan rancak. Keputusan ini meletakkan Malaysia mendahului pasukan Indonesia 2-0.

Mata kemenangan diperoleh selepas Chong Fei Weng menewaskan Dronysuis Hayam Rumbaka 21-10 dan 21-17 sekaligus melayakkan pasukan Malaysia ke perlawanan akhir Piala Thomas 2014.

Kali ini sasaran skuad negara adalah untuk layak ke perlawanan separuh akhir namun skuad negara telah membuktikan bahawa mereka masih merupakan saingan kuat di rantau ini.

1992 merupakan kali terakhir Malaysia menjulang Piala Thomas di Kuala Lumpur apabila menewaskan Indonesia di perlawanan akhir.

Malaysia menjejak kaki ke perlawanan akhir Piala Thomas adalah di Guangzhou 2002 di mana kita tewas 2-3 di tangan pasukan Indonesia.

Persoalan sekarang adalah, adakah sejarah 1992 akan berulang di Stadium tertutup Siri Fort, New Delhi pada 25 Mei ini apabila pasukan Malaysia bertemu dengan Jepun? Jepun berjaya mengejutkan China dalam perlawanan separuh akhir pertama petang tadi. Harap tuah 1992 berulang pada tahun ini. Ayuh Malaysiaku. Harapan setinggi gunung yang kami harapkan dari anda. Julang nama Malaysia di pentas dunia. Malaysia Boleh!!!!

Wahai guruku kau ibarat sebatang lilin. Sanggup membakar diri untuk menerangi kami dengan ilmu pengetahuan. Tiada kata secantik bahasa ucapan terima kasih yang tak terhingga dari anak muridmu yang nakal ini. Khas buat Pendidik di Tadika Pasti An-Nur, S.K Telok Bahang, S.M.K.A Al-Mashoor Lelaki, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Tanpa anda siapalah saya di dunia ii.

Guru Pencetus Kreativiti Menjana Inovasi

Sebab Mengapa Peralihan Jawatan Presiden FAM Membantu Bolasepak Tempatan

Menjelang Kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 25 Mei 2014. Dengan harapan ada seribu perubahan yang dibawa calon baru.

RimauXI

Gambar daripada gawang.my.

1. مرواه نڬارا ترڤليهارا

كڬاڬالن اولوڠ FAM سچارا كبتولن تله برلاكو بارو-بارو اين: ايايت ڤد بولن جولاي لڤس. كتيك ايت، ڤاسوكن كبڠسأن باوه 22 تاهون تله دينافيكن تمڤت ك ڤوسيڠن اخير ڤيالا اسيا B-22 اڤابيلا تيواس تيڤيس 2-1 د تاڠن توان رومه، ميانمار.

لبيه مندوكاچيتاكن اياله ترداڤت بوقتي بهاوا ميانمار تله منورونكن سكوراڠ-كورڠڽ 3 اورڠ ڤماين لبيه عمور: ترماسوق كڤتن دان ڤنجاريڠ كدوا-دوا ڬول ميانمار كتيك ڤرلاونن مننتڠ مليسيا. نامون، اڤ يڠ ڤاليڠ مڠجوتكن اياله FAM لبيه سليسا منجادي دايوس كران اڠڬن مڠسهكن بنتاهن كڤد ڤيهق AFC!

تمبه منجيليقكن اياله اڤابيلا دسوال اوليه ورتاون مڠناءي كوجودن بوقتي ڤنيڤوان ميانمار، ستياءوسها اڬوڠ FAM داتوق ازودين احمد منجواب “ساي تيدق دمعلومكن مڠناءي ڤركارا ايت، ايت سسواتو يڠ بارو.” الڠكه ملوياكن جواڤن يڠ دبريكن ايت بيلا دفيكير اي داتڠ درڤد مولوت سأورڠ ڤميمڤين يڠ دڤرتڠڬوڠجواب دان دأمانهكن كواس اونتوق ممليهارا مرواه نڬارا د ارينا سوكن انتارابڠسا. تمبه بلياو لاڬي “FAM…

View original post 759 more words

Ibu Ratu Hatiku

Pernah aku ditegur
Katanya untuk kebaikan
Pernah aku dimarah
Katanya membaiki kelemahan
Pernah aku diminta membantu
Katanya supaya aku pandai

Ibu…..

Pernah aku merajuk
Katanya aku manja
Pernah aku melawan
Katanya aku degil
Pernah aku menangis
Katanya aku lemah

Ibu…..

Setiap kali aku tersilap
Dia hukum aku dengan nasihat
Setiap kali aku kecewa
Dia bangun di malam sepi lalu bermunajat
Setiap kali aku dalam kesakitan
Dia ubati dengan penawar dan semangat
Dan Bila aku mencapai kejayaan
Dia kata bersyukurlah pada Tuhan

Namun…..
Tidak pernah aku lihat air mata dukamu
Mengalir di pipimu
Begitu kuatnya dirimu….

Ibu….

Aku sayang padamu…..
Tuhanku….
Aku bermohon padaMu
Sejahterakanlah dia
Selamanya…..

I love You Farizah Binti Isahak

Ibu Ratu Hatiku

Kelebihan surah Al kahfi

Salam jumaat. Seperti mana yang kitasemua sedia maklum Surah Al-Kahfi mempunyai banyak kelebihan serta manfaat untuk semua terutamanya kita umat akhir zaman. Fitnah yang paling besar di atas muka bumi ini adalah fitnah Dajjal Laknatullah. Dari Imam Ahmad berkata yang daripada Abi Darda’ ra. yakni daripada Nabi saw, Baginda SAW bersabda: “ sesiapa yang menghafaz 10 ayat permulaan Surah Al-Kahfi maka terhindar daripada dajjal”

Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’ ra. bahawa Nabi saw bersabda : “sesiapa yang membaca 10 ayat akhir daripada surah Al-Kahfi maka terhindarlah ia daripada fitnah dajjal.”

Semoga kita semua tergolong dari orang yang dirahmati Allah dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah, hendaklah kita ingat dengan sabda Nabi saw yang bermaksud : “sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran lahir kamu tetapi Allah melihat batin (hati) kamu.” Sama kita amalkan pada setiap hari Jumaat. Countdown for Ramadhan Al Mubarak.

Mentaliti Penyokong

image

Adakah penyokong akan menyokong sesebuah pasukan apabila menang sahaja? Kalau penyokong hanya menyokong pada waktu sesebuah pasukan menang dia bukanlah penyokong yang setia. Kepada pemain berjuang lah dengan semangat jalur gemilang di dada agar setiap yang dilakukan membawa maruah Malaysia. Harap skuad hoki Malaysia akan kembali mengembalikan prestasi pada Piala Dunia. Hidup Matiku Malaysia. ~ Penyokong Biasa~ 

Pantun Budi Buat Guru

Hati yang perit serah-serahi,
Buat luahan jantung karangan;
Sayangkan murid marah-marahi,
Muka kasihan ditunjuk jangan.

Longan, ciku, kuih bahulu,
Asam jawa, buah pulasan;
Jangan cikgu memilih bulu,
Biar semua dapat balasan.

Cucur badak di kedai nenek,
Murahnya harga dapat berjimat;
Ajar budak akhlak yang baik,
Dunia dibangga, akhirat selamat

Makanlah sagu desa Kerinchi,
Menyabit di hutan Kampung Kepayang;
Bukanlah cikgu berasa benci,
Cubit dan rotan penghubung sayang.

Pulang pemburu dengan riangnya,
Dapat menghambat si anak rusa;
Berjuang guru dengan ilmunya,
Menobat martabat si anak bangsa.

Buat sempadan darinya parit,
Guna menghadang orang seludup;
Guru teladan kepada murid,
Diikut dipandang di dalam hidup.

Makcik Siti menenun gebar,
Untuk si adik lena berangan;
Cikgu mesti banyak bersabar,
Tugas mendidik bukannya ringan.

Pinjamlah nyiru rumah Pak Alang,
Untuk mengisi si buah pala;
Jasanya guru bukan kepalang,
Mengajar mengenal ilmu segala.

Kekejaman Kerajaan Mesir

Dalam kesedihan mengenangkan MH370 yang berkesudahan dengan berakhirnya di Lautan hindi, aku juga turut terkesan dengan berita mengenai PENGIKUT GERAKAN IKHWANUL MUSLIMIN, yang mana mereka merupakan pergerakan islam terbesar di zaman moden yang ingin kan kehidupan islam sebenar seperti yang termaktub dlm Al-Quran dan Al-Sunnah, yang mana mereka telah mendapat tentangan hebat daripada golongan islam yang berfahaman sekular. Kemampuan mereka yang membendung arus sekularisasi si dunia Arab dan Islam sangat ditakuti oleh golongan islam yang bertopengkan US dan jahiliyyah moden.

Pernah tak korang ambil tahu tentang perjuangan mereka yang bukan hanya memperjuangkan pemimpin Morsi semata-mata tetapi juga memperjuangkan Kehidupan Agama islam yang berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah. setelah pergolakan yang terjadi di Messir, akhirnya lebih beribu pengikut gerakan ini ditangkap, dan seramai 529 pengikut telahpun dijatuhkan hukum GANTUNG SAMPAI MATI, dan yang lain masih menunggu untuk di hukum,

aku bukan ditempat mereka, yang membuat aku sayu, mereka seagama dengan aku. dan mereka betul-betul berjuang untuk kebenaran dan agama Islam hingga ke tali gantung, jika matinya mereka, aku berharap Allah meletakkan mereka dikalangan org yang Syahid dijalannya.

kalau aku ditempat mereka, adakah aku sekuat dan seberani mereka? wallahualam, kita mungkin hanya mampu berkata-kata. tp jika kita disana adakah kita mampu menjadi barisan hadapan memperjuang islam seperti mereka? adakah kita mampu tersenyum seperti mereka bila dijatuhkan hukuman gantung? Allah sentiasa bersama kalian wahai pejuang Islam, jangan takut akan mati jika kamu di landasan yang benar, Allah janjikan tempat yang indah untuk orang yang memperjuangkan jalannya..

kemanisan iman

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)